Monday, September 8, 2008

UITM - Wajarkah 10% kuota dibuka untuk bukan Bumiputra?

Ramai yang melompat beruk apabila MB Selangor memberi cadangan supaya 10% tempat dibuka untuk bukan bumiputra. Bagi saya, ini adalah cadangan yang cukup bernas dan saya harapkan bukan 10% tetapi kalau boleh buka lah 40%.

Pasti ramai pembaca yang marah, terutamanya bumiputra. Tetapi anda perlu faham kenapa dan apakah tujuan dibuka kuota ini. Tahukah anda betapa rendahnya taraf pengajian di Uitm. Harap pelajar2 Uitm dapat memberi komen dengan sejujur jujurnya. Saya pernah tinggal bersama pelajar Uitm semasa saya bekerja di Shah Alam dulu. Ya, mutu pelajaran, communication skill dan penguasaan bahasa inggeris mereka terlalu lemah. Kerana apa ?

Kerana tiada saingan antara mereka. Kerana dalam kelas , lecturer boleh mengajar dalam bahasa melayu dan mereka berkomunikasi dalam bahasa melayu. Bukan saya merendahkan martabat bahasa melayu . Tetapi kita bukan Jepun. Kita bukan German. Di sana mereka tak perlu hirau tentang bahasa Inggeris. Kerana mereka negara maju, mereka sudah jauh ke depan. Negara lain datang menuntut pada mereka. Kita pula negara membangun. Dan untuk mencari ilmu dan kemajuan, kita harus boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Lain lah kalau negara lain datang menuntut dengan kita..

Jika ada nya kuota ini, pasti akan membunuh 40% lagi bumiputra. Ya memang benar pada masa ini memang ramai bumiputra tidak akan dapat masuk UiTm. Tetapi pernahkah anda terfikir, bumiputra, khususnya bangsa melayu sebenarnya ialah bangsa yang kuat dan bijak. Lupakah anda pada zaman kesultanan melayu. Perdagangan di seluruh dunia tertumpu di Melaka. Orang melayu mentadbir pelabuhan Melaka. Ilmuan ilmuan islam juga bertumpu ke Melaka. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu suatu masa dahulu.Begitulah hebatnya bangsa melayu ini suatu masa dahulu.

Jadi pada pandangan saya, melayu ini kalau tidak diseksa sebegini tidak akan bangkit.Mungkin hari ini mereka akan susah untuk berjaya. Tetapi 10 tahun lagi, taraf pelajaran mereka akan sama dengan bangsa lain. Dan pada ketika itu, sekiranya sistem merit sekalipun di adakan di UiTM pasti orang melayu boleh menguasai kemasukannya. Kerana mereka tahu, mereka harus belajar bermati matian untuk ke Universiti. Kita sahaja yang sentiasa rasa kita lebih lemah dari orang lain. Tapi Allah swt telah memberikan otak yang sama kepada manusia. Yang membezakan hanyalah usaha dan tekad.

Jadi, wajarkah diberikan 10% tempat untuk bukan bumiputra di UiTm. Fikirlah dengan jujur dan terbuka.

Saturday, September 6, 2008

Isu Kaum

Isu kaum merupakan isu yang paling sensitif di dalam mana2 negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Jadi apakah tujuan ahli BN memainkan isu perkauman.

Pendapat saya : Ini ialah punca atau pun sebab untuk menimbulkan sebuah lagi rusuhan kaum terbesar pada 18 Sept nanti. Kerana ketika itu, Anwar mungkin akan mengesahkan penubuhan negara Parti Rakyat dan apakah pertahanan terakhir UMNO untuk menyelamatkan diri mereka?

Ya, rusuhan dalam negara. Sekiranya darurat dilaksanakan, maka Anwar tidak boleh membuat kerajaannya pada masa yang ditetapkan. Dan semua pihak, media massa akan menuduh Anwar dan pakatan rakyat sebagai punca berlakaunya 13 Mei yang kedua.

Dan ramai pasti keliru, kenapa Tun Mahathir di dalam blognya mengkritik pemimpin UMNO yang meminta maaf mengenai isu kaum ini. Tujuan Tun M mudah sahaja. Beliau mahu memberi lebih tekanan kepada pemimpin UMNO supaya mereka meletakkan jawatan. Bayangkan untuk kesilapan seorang ahli peringkat negeri, Najib harus memohon maaf. Jadi, dengan menulis di dalam blog ini, separuh daripada pemikiran pembaca dapat diubah dan seterusnya pembaca akan memandang rendah kredibiliti pemimpin UMNO sekarang.

Jadi kepada semua rakyat ataupun pembaca, janganlah kita terbawa bawa dengan isu perkauman. Mereka di atas sana, dalam Parlimen gaduh macam nak bertumbuk, ketika minum pagi mereka minum semeja. Kita sahaja yang tak tahu. Semuanya politik. Dan politik mereka sangatlah busuk.

Biarlah pemimpin kita yang seperti orang bodoh bergaduh tentang isu perkauman.Mereka bergaduh kerana mahu mendapatkan pengaruh untuk meneruskan karier politik mereka. Jadi tak perlulah kita terlibat sama. Tiada gunanya bagi kita. Hiduplah seperti biasa. Pergilah bekerja dan jangan membenci orang lain kerana sekiranya kita membenci orang lain, kita seperti membenci ciptaan Allah SWT.

Kecuali anda semua mahu 13 Mei berulang kembali...

Agong yakini BN – PM *Abdullah perjelas ura-ura pembangkang tubuh kerajaan 16 Sept - Utusan 06 sep 08

Utusan Kata

PUTRAJAYA 5 Sept. – Cubaan pakatan pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru melalui tindakan lompat parti telah pun dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.

“Saya pasti (lompat parti) 16 September tidak akan berlaku... orang kita (Ahli Parlimen BN) tidak akan meninggalkan kita.

“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka (pembangkang) menubuhkan kerajaan pada 16 September.”

Ditanya jika berlaku perubahan kerajaan pada 16 September nanti, adakah ia boleh ditafsirkan sebagai rampasan kuasa, Abdullah memberi jaminan bahawa khabar angin itu tidak akan berlaku.

Ujarnya, kerajaan BN tidak akan memikirkan ‘sesuatu yang mungkin berlaku’ tetapi memberi tumpuan kepada kerja-kerja untuk menjadikan Malaysia lebih baik termasuk meningkatkan lagi daya produktiviti.



Aku kata

1- 16 Sept hanya tinggal dalam seminggu lebih sahaja lagi.

2- Pihak BN masih lagi yakin bahawasanya tiada ahlinya akan melompat parti ke Pakatan Rakyat. Tetapi desas desusnya telah heboh diperkatakan.

3-Kenapa Anwar tidak menunggu pilihanraya seterusnya untuk menjadi pemerintah. Adakah beliau risau dengan tekanan kerajaan terhadap kes kes beliau yang akan ke mahkamah tidak lama lagi. Atau anwar merasakan inilah masa yang paling sesuai di mana rakyat pasti tidak akan marah sekiranya perkara ini terjadi.

4- Sebenarnya bagi aku , benda ni agak mustahil untuk terjadi. Hanyalah sekadar semangat Anwar sahaja. Mustahil perkara sebegini akan berlaku dan ini boleh diklasifikasikan sebagai rampasan kuasa dengan cara yang lembut.

5- Saya bukan lah penyokong kerajaan BN ini. Tetapi merampas sebuah pemerintahan dengan cara sebegini amatlah tidak sempurna. Ianya bakal membawa kerugian kepada negara secara ekonomi dimana keyakinan pelabur asing pasti berkurangan. Siapa yang yakin dengan kerajaan yang boleh bertukar dalam masa beberapa bulan sahaja?

6- Dan akibatnya, siapa yang akan merana. Kita sebagai rakyat juga yang akan merasa pedihnya kejatuhan ekonomi mendadak. Jadi bagi aku, tak perlu lah 16 Sept.

7- 16 Sept 1963 - Penubuhan Malaysia

8- 16 Sept 2008 - Kehancuran Malaysia

9- Memang menarik kalau Pakatan Rakyat berkuasa. Aku pun mengharap mereka akan memerintah. Tetapi bukan dengan cara ini. Cara ini terlalu tergesa gesa tanpa memikirkan implikasi ke atas rakyat secara umumnya.

10- Sekiranya Anwar ingin menjadi pemimpin terulung dalam lipatan sejarah Malaysia, beliau sepatutnya menunggu PRU 13 dan Pakatan Rakyat akan menang 2/3 majoriti ketika itu.

11- 16 Sept jika terjadi , bakal memakan Anwar dan kita semua..

Hentian Rehat

Memandangkan penulis agak sibuk minggu lepas, tiada banyak entry yang dapat dimasukkan. Walaubagaimanapun penulis akan terus menulis selepas ini agar apa yang berada di dalam pemikiran penulis dapat dikongsi bersama pembaca.

Jangan terlalu mengambil serius urusan politik negara kita. Utamakan diri sendiri dan keluarga. Berusahalah bersungguh sungguh untuk meneruskan hidup dan memajukan diri. Cerita politik boleh diikuti. Tetapi jadikannya sekadar hobi atau sesuatu sampingan di dalam hidup anda. Sesungguhnya anda tidak pernah tahu apa yang berlaku di sana.

Terima Kasih

Sunday, August 31, 2008

UMNO bukan parti perkauman -Utusan 01.09.08

Utusan Kata

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Dakwaan kononnya UMNO sebuah parti perkauman sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk memecah-belah keharmonian antara kaum di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan trend memutar belit isu perkauman sebagai perkembangan tidak sihat walaupun selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

''Realiti setiap parti komponen memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing memang tidak boleh dinafikan.

Menurut Hishammuddin, dalam keadaan sekarang BN juga perlu melakukan perubahan bagi menyesuaikan perjuangan parti mengikut landskap politik semasa.

Jelasnya, BN perlu bergerak seiring dan memastikan perjuangannya relevan khususnya untuk golongan muda.

"Tiada sebab untuk mendakwa UMNO perkauman selagi negara aman dan tidak mengundang rasa benci antara kaum lain," katanya.''UMNO akan terus bersuara dan mempertahankan hak kaum Melayu," ujarnya


Aku kata

1- UMNO bukan sahaja parti perkauman, tetapi kini telah berubah menjadi parti persendirian.

2- Pemimpin2 UMNO menggunakan UMNO sebagai platform untuk kepentingan peribadi masing masing. Kalau tidak takkan untuk pemilihan peringkat cawangan pun sebanyak RM50000 berpindah milik?

3- Tidak dinafikan UMNO memperjuangkan hak hak orang melayu sejak dulu lagi. Tapi itu UMNO yang dahulu.UMNO hari ini umpama periuk nasi bagi sesetengah ahli nya. Kerana apa? Kerana sikap pemimpin yang terlalu takut kehilangan jawatan di dalam UMNO sekaligus terpaksa bermain politik wang semata mata untuk mendapatkan sokongan.

4- Dan kini, lantaran daripada tsunami Pakatan Rakyat, UMNO berubah menjadi parti yang sangat sangat bersifat perkauman.

5- Sebenarnya saya faham kenapa keadaan ini boleh terjadi pada UMNO. Asasnya pada masa sekarang UMNO telah kehilangan sokongan daripada orang melayu itu sendiri. Jadi pemimpin UMNO mula memikirkan jalan bagaimana untuk mendapatkan sokongan orang melayu kembali.

6- Dengan menggunakan akal yang pendek, mereka mula memainkan sentimen perkauman. Mula melaungkan hak hak orang melayu supaya orang melayu marah dan bangkit. Malangnya perkara ini tidak terjadi. Apa yang terjadi ialah Barisan Nasional kehilangan sokongan daripada kaum cina dan india sekaligus membuatkan parti2 komponen Barisan Nasional kalah teruk pada PRU12 tempoh hari.

7- Hak hak orang melayu tidak pernah dicabar oleh bangsa lain. Ia telah termaktub dalam perlembagaan. Setiap rakyat tahu ape akibatnya mencabar perlembagaan negara.

8- Semua tidak perasan, kita sibuk melaungkan ketuanan melayu, kita mengamuk apabila orang meminta hak sama rata. Tapi tanpa kita sedari tanah yang kita pijak ini semakin lama semakin jatuh ke bangsa lain. Habis semua tanah melayu kita jual. Yang ini kita tak nampak. Kesilapan sendiri kita tak ambil peduli. Tapi kalau ada orang suruh bukak UiTM untuk 10% bukan bumiputra, kita mengamuk sakan.

9- Jadi janganlah contohi UMNO. Perjuangan yang bertopengkan perjuangan bangsa. Tetapi di sebaliknya, perjuangan dan peperangan individu tertentu demi mencari wang dan kuasa. Rasuah berleluasa. UMNO mungkin tidak akan punya jalan kembali sekiranya tidak berlaku perubahan kepimpinan paling besar dalam sejarahnya.

10- Jika tidak, tunggu sahaja lah, PKR menjadi UMNO baru.

BN perlu format baru tarik orang muda – Muhyiddin -Utusan 31.08.08


Utusan Kata

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Format dan pengisian Barisan Nasional (BN) perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, usaha itu perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat menilai konsep baru BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, proses mewujudkan BN ‘baru’ itu bukannya perkara yang mudah, namun jika tidak dilaksanakan akan menjadi satu beban di kemudian hari.

Menurutnya, antara yang perlu diberi perhatian dalam usaha mengolah format baru itu ialah isu hubungan antara kaum dan perkara-perkara yang telah disepakati dalam perlembagaan negara seperti ekonomi, hak istimewa orang Melayu dan bahasa.

“Yang lebih penting ialah dari segi operasi, bagaimana perkara-perkara itu hendak diperjelaskan,’’ katanya.


Aku kata

1- Bukan susah nak format Barisan Nasional En. Muhyiddin.

2- Barisan Nasional bolehlah diumpamakan sebagai sebuah komputer yang sudah begitu lama bekerja dan perisiannya tidak lagi seiring dengan dunia yang semakin pantas dan begitu mencabar

3- Komputer ini dipenuhi dengan harddisk bersaiz besar di dalamnya yang menyimpan begitu banyak file dan sejarah sama ada baik ataupun buruk. Ada banyak fakta, data ,file dan juga folder. Dan sebagaimana sebuah komputer, ada file yang boleh di lihat terus oleh pengguna. Ada juga file yang di hidden oleh komputer ini.

4- Apabila komputer ini semakin lama dan semakin dimamah usia, ia menjadi semakin lembab, perlahan, tidak effective dan sistem perisiannya dari hari ke hari semakin tidak relevan kepada penggunanya.

5- Pengguna komputer pula semakin hari semakin muak.Tidak tertahan dengan karenah komputer ini. Semakin hari semakin teruk. Dulu komputer ini laju, tetapi akibat di mamah usia, ia menjadi semakin perlahan. Banyak masalah pengguna tidak dapat diselesaikannya maka bertambah meluatlah sang penggunanya.

6- Pengguna pula ada 2 jenis.

7- Golongan pertama ialah golongan pengguna yang telah lama menggunakan komputer ini. Banyak jasa komputer ini kepada pengguna golongan ini terutamanya pada 50 tahun yang dulu ketika komputer ini masih lagi baru dan effektif. Golongan ini masih sayangkan komputer ini kerana banyak kenangan jatuh bangun bersama komputer ini. Kalau boleh tidak mahu membeli komputer yang baru. Cukuplah sekadar menukar bahagian bahagian yang rosak di dalamnya asalkan ia masih lagi komputer yang sama.

7- Golongan kedua pula ialah golongan pengguna yang masih muda lagi. Mereka hidup di dalam zaman yang cukup mencabar pada alaf ke 21 ini. Pengguna ini langsung tidak boleh mengharapkan komputer ini lagi. Terlalu teruk, terlalu lembab, tidak efektif, dan tidak membantu mereka maju di dalam hidup . Mereka sudah terlalu letih melayani karenah komputer lama ini dan sangat berharap dapat menukar ke komputer yang lebih baru.

8- Golongan pertama mahu hanya bahagian yang rosak sahaja ditukar.

9- Golongan kedua mahu bertukar terus ke komputer yang baru.

10- Anda di golongan mana?


Wednesday, July 16, 2008

Minyak murah tidak jamin ekonomi stabil(utusan july16'08)

Utusan kata
KUALA LUMPUR 15 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan, harga minyak yang murah tidak semestinya menjamin kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Beliau memberikan contoh Venezuela yang harga minyaknya begitu murah iaitu 10 sen seliter tetapi negara itu terpaksa berdepan dengan kadar inflasi amat tinggi iaitu 30 peratus, yang terburuk di kalangan negara Amerika Latin.
‘‘Minyak di Iran, Arab Saudi, Qatar dan Venezuela memang murah tetapi kadar inflasinya tinggi dan adakah kita mahu menjadi seperti mereka.
‘‘Peningkatan harga minyak juga ada hubung kait dengan krisis makanan tetapi negara kita mampu mengatasinya malah beras kita lagi murah berbanding Thailand, ia hanya dapat dinikmati dengan kaedah subsidi yang betul,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam debat ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ anjuran Agendadaily di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini malam ini.
Dalam hujahnya, Ahmad Shabery turut menangkis dakwaan Anwar bahawa kerajaan tidak dapat menyerap kenaikan harga minyak dalam bentuk subsidi berikutan tadbir urus yang tidak cermat atau amalan rasuah.
Katanya, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan Anwar menafikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
“Kenaikan harga minyak itu tidak hanya berlaku di Malaysia.
“Negara-negara seperti Finland dan Norway yang rendah kadar rasuahnya juga tidak memberikan subsidi minyak,” katanya.
Menurut Shabery, kerajaan tidak boleh memberi subsidi minyak yang berterusan dalam usaha memastikan pelaburan untuk pembangunan prasarana rakyat tidak terganggu.
Katanya, subsidi itu nanti akan turut dinikmati oleh syarikat-syarikat asing seperti Shell atau Exxon Mobil.
“Jadi kenapa tidak beri terus (subsidi) kepada rakyat, inilah yang dibuat di negara-negara maju dan Malaysia turut melaksanakannya,” kata beliau.
Shabery pada sidang akhbar selepas debat itu berakhir melahirkan rasa puas hati terhadap debat berkenaan.
‘‘Saya telah cuba membuka mata penonton mengenai rasional kerajaan menaikkan harga minyak. Apa yang kerajaan buat ini adalah atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat dan negara,’’ katanya.
Beliau sebelum ini menyifatkan debat itu boleh menjejaskan kedudukannya sebagai menteri Kabinet jika ia tidak berjalan dengan baik.



Aku kata
1- Utusan memang akhbar putar belit no 1 negara.

2- Kekalahan Shabery sangat jelas. Kalau letak orang buta pun tengok debat semalam, pasti dia akan cakap anuar yang menang.

3- Kesimpulan debat : Anuar memberi penyelesaian. Shabery beri alasan

4- Memang harga minyak di Norway, finland tinggi, tapi kita haruslah kaji balik pendapatan isi rumah di sana. Maybe gaji basic seorang engineer boleh mencapai 4k sebulan. Kita ? Rm2200 je la.

5- Shabery lebih membuat serangan peribadi dan banyak mengenang kenangan yang lama.

6- Hujah anuar lebih tersusun dan beliau menunjukkan dari mana boleh kerajaan perolehi RM5billion untuk mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen.

7- Malaysia mengalami harga minyak yang tinggi dan inflasi yang tinggi. This is the worst part. And tunggu sahaja hari raya yang bakal menjelang, thing will become worst.

8- Lihat saja tulisan akhbar utusan ni, sangatlah sebelah pihak sahaja. Perkara2 ini adalah salah satu bentuk pendekatan psikologi yang salah dari kerajaan.

9- i asperct to see some solution soon.

Monday, July 14, 2008

Bahan api: Subsidi setengah tahun cecah RM10.25b(utusan malaysia july15'08)

Utusan kata
KUALA LUMPUR 14 Julai – Jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan separuh tahun ini bernilai RM10.25 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding jumlah subsidi bahan api untuk sepanjang tahun lepas sebanyakRM8.77 bilion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, mengikut pecahan jumlah subsidi bagi petrol enam bulan tahun ini ialah sebanyak RM4.006 bilion, diesel RM5.056 bilion dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak lebih RM1.1 bilion.

“Ini adalah akibat peningkatan harga minyak dunia yang mendadak. Adalah dijangkakan apabila harga mentah minyak dunia meningkat kepada AS140 setong, subsidi negara akan meningkat kepada RM30 bilion setahun,” katanya semasa menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab pertanyaan Datuk Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang meminta penjelasan sama ada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung penstrukturan subsidi minyak esok, hanya akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan, Shahrir berkata, debat itu baik.

Beliau juga yakin Ahmad Shabery dapat memberi penjelasan seperti yang diharapkan rakyat berdasarkan fakta bagi menafikan kegelisahan banyak pihak bahawa Anwar akan menggunakan debat itu untuk membuat lebih banyak tohmahan terhadap kerajaan.

Mengenai penggunaan gas asli kenderaan (NGV), beliau berkata, dasar yang mahu diarahkan kerajaan selepas penstrukturan semula harga bahan api ialah menggalakkan sektor awam menggunakan bahan api berkenaan sebagai penggunaan bahan api alternatif.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan menaikkan harga NGV sehingga penghujung tahun ini sama seperti tidak ada kenaikan harga petrol dan diesel.



Aku kata
1- Janganlah sampai macam tu sekali Shahrir oii..Patut patut la kalau bagitau tentang angka.Memang lah angka tu tinggi tapi kalau dibandingkan dengan berapa yang kerajaan dapat save dengan buat sistem rebet tunai ni, mesti ada banyak untung pada kerajaan.

2- Debat anuar-shahrir merupakan salah satu kesalahan kerajaan. Mereka panik, Mereka ikut emosi. Pemimpin BN silap dengan menerima cabaran untuk debat.Biarlah berapa banyak fakta pun, anda pasti takkan dapat sejukkan hati rakyat.

3- Dalam debat ni, pasti tidak akan ada jalan penyelesaian, bahkan pandangan rakyat akan lebih bertambah buruk terhadap kerajaan..kenapa? Bukan kerana anuar pandai bercakap, tapi kerajaan pasti susah untuk mengemukakan bukti since terdapat beberapa kes penyelewengan yang bakal di tanya oleh anuar.

4- Harga NGV bakal naik.Tahun depan.Tunggu saja la..so kalau nak tukar tangki gas tu, fikir2 lah lagi

5- Kepada Shahrir, ketika berdebat, jangan sesekali cakap gagap. Itu akan menunjukkan anda sedang mengakal. Dan, jangan lupa bawak kalkulator. :)

Politik semasa gugat keyakinan pelabur (Utusan July 12'08)

Utusan kata:
KUALA LUMPUR 11 Julai - Perkembangan politik semasa negara telah menggugat keyakinan pelabur luar negara dan persekitaran perniagaan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang menganggap perkara itu sebagai serius berkata, apa yang perlu dilakukan kini adalah memulihkan keadaan politik semasa.

"Saya minta maaf kerana tidak bersetuju dengan pendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia tidak terjejas.

"Sebenarnya ia tidak baik untuk perniagaan dan saya berharap keadaan politik di negara ini dipulihkan dengan segera,'' katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. (BCHB) di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penyerahan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib pada pertengahan 2010 dan kesannya kepada ekonomi negara.

''Saya tidak mahu mengulas mengenainya (peralihan kuasa kepada kesan ekonomi) tetapi apa yang penting ialah mengingati kenyataan saya sebaik sahaja pilihan raya umum pada bulan Mac lalu yang mana saya berpendapat bahawa keadaan politik semasa perlu diselesaikan dengan segera.

"Sejak itu, ia semakin buruk dan telah memberi kesan kepada situasi ekonomi dan keyakinan pengguna,'' jelasnya.

Nazir menambah, meskipun Malaysia adalah negara yang kecil di mata dunia tetapi ia memiliki imej yang baik di kalangan pelabur luar negara sebelum ini.

"Jika saya adalah pelabur yang tinggal di New York dan mendapati Malaysia memiliki masalah dalam politik, pastinya saya tidak akan mengambil tahu mengenai negara itu,'' terangnya.



Aku kata:
1- Mamat ni (Nazir Razak) bijak. Apa yang dia cakap adalah betul2 senario sekarang.

2- Sebelum ni pun memang agak susah untuk menarik pelabur asing kerana kebangkitan China dengan buruh dan tanah yang murah, sekarang ni lagi lah susah disebabkan politik ala2 kartun Tom n Jerry yang dimainkan pemimpin kita.

3- Actually bukan CIMB je yang jahanam, banyak sektor lain yang jatuh. Dan apa guna buat wilayah pembangunan sana sini kalau pelabur sendiri tak yakin dengan negara ni. Ini macam kita masak nasik minyak sedap2 , tapi orang taknak makan sebab nampak tangan kita bernanah.

4- Kalau pemimpin nombor 1 dan 2 dituduh itu ini, siapa nak yakin? Siapa nak meniaga dengan kita? Kalau leader tak pandai kawal emosi, leader panic, tiba2 keluar arahan..sapa nak percaya.?

5- March pilihanraya tamat, sekarang July, diorang belum habis bercakar lagi. Dan sesungguhnya watak utama hanya 4 orang ni ja

6- Abdullah, Mahathir, Anuar, Najib = AMAN. hahaha... MANA? hahaha

7- Salah seorang dari 4 ni perlu masuk dalam. Krisis ni akan berhenti. Thats it.

8- Daripada 4 nama ni, pasti satu nama akan muncul pemenang. Dan jangan terkejut mungkin pemenang sebenar bukanlah dari 4 nama ni. Si bijak pemenang sejati akan muncul.Beliau akan makan 4 orang ni.

9- MAKAN...?

Syed Hamid minta maaf kesesakan teruk akibat sekatan polis (B.Harian July 14'08)

Berita Harian kata:
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memohon maaf kepada rakyat berikutan sekatan jalan raya yang dibuat polis menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk pagi tadi.

Beliau berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil polis berikutan maklumat yang diterima polis bahawa satu perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di pekarangan Parlimen.

Beliau menegaskan tindakan polis itu dibuat atas dasar menjaga keselamatan orang awam.


Aku kata:
1- Tuu diaaaa, si bijak pandai Menteri dalam negeri kita. Kalau satu hari tak kacau hidup rakyat memang tak senang.

2- Begitu mudah untuk mintak maaf. Sebab apa? Sebab dia menteri la..Dia bukan heran pun traffic jam. Dia bukan macam kita kerja kat office dengan syarikat2 swasta. Datang lambat pun rekod dah tak cantik.

3- Bagi aku la, Polis perlu memainkan lebih peranan. Bukan sekadar road block. Dan let say la, pembangkang dah tau polis buat roadblock hari ni, so diorang pun cancel la buat hari ni. Lepas tu dia buat esok.Ha camana? Takkan tiap2 hari nak buat roadblock.

4- So jangan kelam kabut,bagi orang buat demonstrasi, berapa lama sangat diorang boleh tahan.Bagi je la, sampai petang reda jugak.

5- Dengan cara bagi diorang buat demonstrasi, hanya satu kawasan je akan terjejas. Kawasan2 lain takkan ada traffic jam. So rakyat pun happy.Penunjuk perasaan pun happy.Polis pun takyah nak sibuk2 susun kon kat tengah jalan.

6- Kadang2 menteri ni pandai, tapi diorang cepat panic. Bile panic, inilah hasilnya.

Ekonomi negara stabil - PM (Utusan Malaysia July 14 08)

Utusan kata :
Abdullah berkata, imej negara masih baik ketika ini dan menambah kata: "Pada orang yang objektif dan tiada apa-apa, ia masih baik. Bagi orang yang ada apa-apa dengan (penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), dia punya pandangan lain pula."

Menyentuh mengenai antara perkara utama yang akan diberi penekanan oleh beliau dari sekarang sehingga tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, Abdullah mahukan pelaksanaan pembangunan lima koridor ekonomi dipercepatkan.

Lima koridor itu ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), kesemua dengan nilai pelaburan berjumlah hampir RM840 bilion.



Aku kata :
1 -Yer 'memang elok sangatlah' kata ekonomi negara tengah baik. Ekonomi negara yang baik saling berhubung kait dengan kadar inflasi dan juga kadar jenayah.

2 -Kalau inflasi kita melonjak naik, pasaran saham KLCI tak naik naik; adakah dikatakan ekonomi tengah baik. Adakah ekonomi negara ini Pak lah ingat ekonomi keluarga dia? Kalau ekonomi dia mungkin tengah baik la..

3 -Bagi aku la, dengan keadaan negara sekarang ni, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol global, patut ke kerajaan kita invest dalam 5 projek besar bernilai Rm840 billion serentak? Adakah ini satu tindakan yang bijak?.

4 -Abdullah perlu ingat, ditambah dengan suasana politik yang tidak stabil sekarang ni, beliau serius perlu melakukan pendekatan berbeza dalam mengambil hati rakyat. Perkongsian keuntungan melalui koridor tak akan mempopularkan beliau kerana benda2 ni siap pun ntah bile ntah. Lumrah manusia hanya minat pada benda yang nampak.

5 -Lebih baik tumpukan pada satu sektor. I mean maybe tambahkan invest pada carigali minyak petronas rather than create koridor2 mengarut ni.

6- Percaturan Abdullah mudah saja, Kalau Mahathir =KLCC , Abdullah =koridor. Sayangnya, dikala ini percaturan ini nampak sangat lari dari tujuan.

7 -Ubah pendekatan.Tunjukkan lebih banyak benda depan mata rather than benda masa depan.